* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 23 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 144 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 144 2020
23 Mei 2020M
30 Ramadan 1441H
Sabtu

MUHASABAH DI AKHIR RAMADAN

Hidup ini adalah sebuah perjalanan.
Tidak penting di mana kita bermula.
Yang penting ialah di mana dan bagaimana kita berakhir.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. 
Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk ditinggalkan.
Akhirat siapkan bekal untuk didatangi kerana kita akan pulang ke sana.
Entah bila? Tetap rahsia mutlak-Nya.

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...
Sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak-banyak, tidak sabar pula ingin pulang ke akhirat. Harta ke akhirat dihantar. Apa yang dinafkahkan dan infaq yang diberikan, itulah harta akhirat.

Pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat.

Wahai mata yang pernah melihat maksiat, menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat.

Wahai telinga yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat, sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.

Wahai jiwa yang hitam dan berkarat, perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat.

Wahai diri yang tidak ada arah tujuan, kembalilah ke pangkal jalan.
Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat...

Biarlah penat hanya sementara di dunia fana...kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk rehat dengan tenang di negeri Akhirat.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 22 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 143 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 143 2020
22 Mei 2020M
29 Ramadan 1441H
Jumaat

AKHIR BUKAN TERAKHIR


Disaat penghujung ramadan yang sayu, kita terkeliru antara gembira dan sedih.
Moga ramadan kali ini, bukan ramadan yang terakhir untuk kita.


Perjalanan waktu, terkadang tidak terasa.

Seolah baru kelmarin kita megucapkan marhaban ya syahru ramadan (selamat datang ramadan).
Tau-tau sekarang... kita sudah berada di penghujung bulan yang suci dan berkat ini.

Sahabat Sekalian;

Ramadan akan meninggalkan kita.
Bulan yang sangat murah mulia penuh berkat akan menjauhkan kita. Kita lepaskan pemergiannya dengan air mata. Bagai melepaskan sahabat tercinta yang kan senantiasa terkenang sepanjang masa. Bahkan kepergiannya ditangisi oleh langit, bumi dan para malaikat Allah SWT.

Ya Allah... setiap kali ramadan telah berakhir, hamba cemas Ya Allah. Kalau-kalau umur hamba tidak sampai pada ramadan tahun depan. 
Hamba cemas Ya Allah.. kalau ini adalah ramadan terakhir dalam hidup hamba.
Kerana itu .. panjangkan umur hamba Ya Allah untuk dapat kembali berjumpa dengan ramadan tahun depan agar hamba dapat semakin dekat dengan mu Ya Allah.. Ya Rabbi.
Bimbing kami Ya Allah.

"Wahai Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan Ridhamu yang kucari. Sudilah kiranya Engkau memberikan kepadaku rasa cinta kepada-Mu, rasa cinta-Mu (kepadaku) dan sifat makrifat kepada-Mu."

Sahabat Sekalian ;

Menjelang datangnya hari yang fitri, perkenangkan mohon maaf lahir dan batin dari kami sekeluarga. 
Kami hamba yang banyak berbuat kesalahan dan kealpaan. 
Banyak tutur kata yang kerap kali dusta. 
Banyak khilaf dalam bersikap.
Banyak khianat dalam berbuat.
Banyak janji yang tidak ditepati.
Banyak prasangka yang berujung luka.
Mohon maaf lahir dan batin kepada orang tua, para guru, keluarga, sahabat dan saudara di manapun berada.
Semoga kita benar-benar termasuk dalam orang yang kembali kepada fitrah... suci bagai bayi yang baru lahir dari rahim sang ibu tercinta. 

Takabbalallaha minna waminkum.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

KEPUTUSAN SYARIKAT YANG BERJAYA KERJA PPD MERSING UNDI FASA 1 TAHUN 2020

Reaksi :  
Sehubungan dengan itu, dilampirkan senarai keputusan syarikat yang berjaya kerja undi untuk makluman semua.

2. Sebarang pertanyaan boleh mengubungi Unit Infrastruktur dan Perolehan PPD Mersing di talian 07-7991269.

3. Pihak syarikat akan dihubungi untuk penyerahan Surat Tawaran dan Inden Kerja.

Sekian untuk makluman.


Lampiran :
KEPUTUSAN_KERJA_UNDI_E11.pdf
KEPUTUSAN_KERJA_UNDI_B24.pdf
Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah

Aspirasi

1. Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014. 
2. Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid. 

Pemakluman

Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 akan dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020. 

https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/permohonan-mengikuti-program-kelayakan-profesional-pemimpin-pendidikan-kebangsaan
Khamis, 21 Mei 2020

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI 142 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 142 2020
21 Mei 2020M
28 Ramadan 1441H
Khamis

Tidak perlu terkejut melihat orang berubah menjadi baik secara  tiba-tiba.

Bila Allah SWT hendak menunjukkan jalan, semuanya menjadi mudah.
Itulah hebatnya hidayah Allah SWT. 

Tidak perlu terkejut melihat orang baik berubah menjadi jahat secara tiba-tiba. 
Itulah takdir yang telah ditentukan. 
Ketentuan yang hebat hanya milik Allah dan tetap menjadi rahsia besar-Nya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 141 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 141 2020
20 Mei 2020M
27 Ramadan 1441H
Rabu

Nikmat Sakit

Kadang-kadang kita diuji dengan kesakitan. Kadang-kadang kita tidak perasan, Allah sedang memberikan titik perhentian (pit stop) kepada kita untuk bermuhasabah.


Sedarilah bahawa kita adalah manusia yang fitrahnya pelupa. Ada dalam kalangan kita luas ilmunya. Ada pula yang kaya melaut hartanya. Ada yang berkebolehan tinggi yang tidak ada pada orang lain dan 1001 nikmat yang lain.


TETAPI .. dengan sakit, semua itu seolah-olah tidak berguna langsung. Yang kita inginkan pada ketika itu adalah sihat.

Kita akan mula sedar.. kalau ilmu, harta, kebolehan, kemahiran dan kebanyakan nikmat material lain .. kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila dicelahnya ada rasa bongkak, angkuh, riya' dan sebagainya.. sakit itu satu peringatan kepada kita.

"Hanya orang miskin tahu nikmat kekayaaan. Hanya orang sakit yang tahu nikmat kesihatan dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan."


Sakit mampu menjadikan kita berhati-hati.. beringat-ingat.

Jangan dicela kesakitan yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan.  

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 140 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 140 2020
19 Mei 2020M
26 Ramadan 1441H
Selasa

TIGA HAL


3 hal yang akan menghancurkan seseorang :
1) Kemarahan.
2) Keangkuhan
3) Dendam

3 hal yang tidak boleh hilang :
1) Harapan.
2) Keikhlasan
3) Kejujuran

3 hal yang paling berharga :
1) Kasih Sayang
2) Cinta
3) Kebaikan

3 hal yang tidak pernah pasti :
1) Kekayaan.
2) Kejayaan
3) Mimpi

3 hal yang membentuk watak seseorang :
1) Komitmen
2) Ketulusan
3) Kerja keras.

3 hal yang membuatkan kita sukses :
1) Tekad
2) Kemahuan
3) Fokus

3 hal yang tidak pernah kita tahu :
1) Rezeki
2) Umur
3) Jodoh

3 hal dalam kehidupan yang pasti :
1) Tua
2) Sakit
3) Kematian

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 139 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 139 2020
18 Mei 2020M
25 Ramadan 1441H
Isnin

Kejayaan yang kita perolehi pada hari ini tidak terjadi dengan sendirinya.

Disebalik kejayaan tersebut ada usaha dan personel yang tersembunyi tanpa sedar. Mereka adalah hero yang mungkin kita sering terlepas pandang dan tidak didendangkan.

Jangan nafikan bahawa di sebalik kejayaan itu, ada bantuan dan sokongan daripada orang di sekeliling kita. 
Kadang-kadang .. sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat di dunia dan di akhirat.
Sahabat yang baik ialah mereka menjaga kain sahabatnya lebih daripada kain sendiri.
Tidak ada dalam kamus sahabat sejati  " jangan jaga tepi kain orang. " 
Sahabat adalah keluarga kita. Keluarga kita adalah tanggungjawab kita.
Itulah sahabat sejati.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

SENARAI NAMA SYARIKAT YANG LAYAK UNTUK CABUTAN KERJA UNDI PPD MERSING FASA 1 TAHUN 2020 DAN TEMPLATE TAKLIMAT UNTUK MAKLUMAN SEMUA YANG MENYERTAI (PERKONGSIAN BERSAMA DI LAMAN FACEBOOK MERSING HEBAT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu dilampirkan senarai nama empat (4) syarikat yang layak untuk cabutan undi bagi Kod Bidang G1/G2/G3 - E11 dan 57 syarikat yang layak untuk cabutan bagi Kod Bidang G1- B24.

3. Dilampirkan juga Template Taklimat untuk makluman semua peserta yang menyertai cabutan kerja undi PPD Mersing Fasa 1 Tahun 2020. Cabutan akan disiarkan secara langsung di Channel Facebook Mersing Hebat pada 20 Mei 2020 jam 2.00 petang.

https://www.facebook.com/MersingHebat-100718494745523/?modal=admin_todo_tour

4. Sebarang pertanyaan boleh merujuk Unit Infrastruktur dan Perolehan PPD Mersing di talian 07-7991269.

Sekian, terima kasih.


Lampiran :
E11_SYARIKAT_YANG_LAYAK.pdf
B24_SYARIKAT_YANG_LAYAK_new.pdf
Taklimat_Kerja_Undi_PPD_Mersing_200520.pdf