* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Jumaat, 7 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 220 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 220 2020
7 Ogos 2020M
17 Zulhijjah 1441H
Jumaat

Hati tidak bahagia kerana 9 sifat mazmumah :

Pemarah, Hasad Dengki, Bakhil, Pendendam, Ego, Tamak, Riak, Tidak Sabar, Cinta Dunia.
Pandai-pandailah kita menyimpan semua sifat itu agar tidak menjadi bodoh kepada diri sendiri.
Berjuanglah ... jangan sampai kita kalah dengan diri sendiri.

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan kepada seseorang, Allah akan menyucikan hati hamba tersebut sebelum dia meninggal dunia. Sahabat bertanya : Bagaimana perkara itu berlaku? Jawab Rasulullah SAW : Dengan mengilhamkan baginya (keseronokan) melakukan amal soleh sehingga dia meninggal dunia. "
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 6 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 219 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 219 2020
6 Ogos 2020M
16 Zulhijjah 1441H
Khamis

Janganlah kita rasa hidup ini tidak adil. Itu hanya fikiran kita.
Jangan kerana andaian dan pra sangka itu merosakkan seluruh hidup kita.
Pujuklah hati... mana mungkin apa yang Allah berikan pada kita ini sesuatu yang salah.
Allah berikan dan aturkan hidup kita dengan kebijaksanaanNya.
Cuma kita menerimanya dengan sifat lemahnya seorang hamba.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 5 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 218 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 218 2020
5 Ogos 2020M
15 Zulhijjah 1441H
Rabu

Pada mata manusia, mungkin kita adalah 'somebody'.
Pada mata manusia, mungkin kita baik.
Pada mata manusia, mungkin kita buruk.
Tidak semua manusia melihat kita dengan satu sisi. Tetapi mereka melihat kita dengan sisi dan sudut yang berbeza.
Manusia hanya mampu menilai kita daripada luaran sahaja.
Namun Allah melihat kita sebagai seorang hamba yang bakal mati.
Penilaian selepas mati adalah penilaian yang sebenarnya. Semuanya bermula daripada hati.
Betulkan hati.. Bila hati mula mati, buat dosapun tidak rasa gerun... buat amalpun tidak rasa nikmat.
Bertaubatlah. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Selasa, 4 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 217 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 217 2020
4 Ogos 2020M
14 Zulhijjah 1441H
Selasa

Mereka yang tidak menghargai subuh akan sukar menghargai hidup.
Kerana membiasakan diri untuk bangun lewat itu sendiri adalah satu pembunuhan kepada satu kehidupan.
Mulakan kehidupan harian kita dengan titik yang baik.

Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-Wali Allah yang terdahulu. 

Selepas Subuh, zikir 300 pagi {100 x [tasbih,tahmid dan takbir], 100 x selawat & 100 x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

Tetapkanlah dengan usaha kita melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia akan menghapuskan dan melenyapkan pahala kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA