* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Rabu, 27 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 148 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 148 2020
27 Mei 2020M
4 Syawal 1441H
Rabu

MENILAI DIRI SENDIRI

Menilai diri sendiri lebih susah daripada menilai 1000 orang lain.
Berbahagialah kita, jika mampu menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Binalah watak diri yang baik untuk penilaian yang baik.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

ARAHAN PENEMPATAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :

ARAHAN PENEMPATAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hjh. Fazidah binti A. Sani, PK Pentadbiran SM Sains Sultan Iskandar Mersing telah ditempatkan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Johor (JEE2043) berkuat kuasa pada 18 Mei 2020.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing merakamkan ucapan syukur dan tahniah atas penempatan tersebut.
Selamat Maju Jaya.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing


TARIKH PENTING PENGURUSAN DATA JUN 2020

Reaksi :  


Selasa, 26 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 147 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 147 2020
26 Mei 2020M
3 Syawal 1441H
Selasa

KERAS KEPALA .. GARANG

Orang yang keras kepala dan garang sebenar tidak ramai, tapi banyak berlaku dalam dua watak manusia.
Bila bercakap, mereka berterus terang dan lantang tidak kira siapa seolah-olah semua orang perlu akur dengan mereka. Egonya agak tinggi dan sentiasa merasakan diri betul.
Kita tidak akan mampu memahami mereka 100%.

Tapi kebanyakan mereka berhati lembut dan sensitif. Hati mereka kecil dan cepat terasa bila terkena pada diri sendiri. Walaupun sebenarnya ...... mereka memperlakukan orang lain lebih daripada itu. Tanpa sedar, sebenarnya Allah SWT sedang menyentuh hari mereka dan kita.

Positifnya, orang seperti ini amat tegas dalam membuat keputusan sehingga sukar dipengaruhi.
Diam, dengar, pendam, mengalah, senyum dan bersahaja adalah senjata yang paling berkesan bila berhadapan dengan mereka. Maafkan mereka. Doakanlah yang terbaik.

Orang seperti ini sesuai untuk berada dalam pasukan kita. Walaupun seorang, ia cukup membuatkan pasukan kita kuat dan disegani.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H

MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Isnin, 25 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 146 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 146 2020
25 Mei 2020M
2 Syawal 1441H
Isnin

HATI TIDAK HANCUR SEBERKECAI PASU

Satu pagi yang cerah.
Seorang guru sedang mengajar muridnya.

" Ambil pasu tu! " Si guru meminta muridnya.
" Sekarang, lepaskan pasu tu. " Si guru mengarahkan muridnya.

Pasu itu jatuh dan pecah berkecai.

" Sekarang .. mintalah maaf kepadanya. " Si guru meminta muridnya lagi.
Murid itu meminta maaf. " Maaf. "

" Apakah pasu tersebut kembali kepada bentuk asalnya semula? " Si guru bertanyakan muridnya.

" Tidak." jawab si murid.

" Lihatlah.. walaupun kita telah meminta maaf, kita tidak boleh mengembalikannya semula  kepada bentuknya yang asal. "

Si guru terus memberikan penjelasan .. " Tapi kita mempunyai sesuatu yang istimewa.. yang tidak dimiliki oleh pasu tersebut. "
" Kita memiliki fikiran dan hati serta otak yang mempunyai banyak pilihan untuk difikirkan."
" Dan.. hati yang memberikan kita banyak waktu untuk memaafkan sebanyak yang kita mampu. "
" Kita tidak boleh dibandingkan dengan sebuah pasu kerana Allah SWT memberikan kita hadiah yang indah dalam hidup."
" Kita dapat memperbaharuinya menjadi sesuatu yang lebih baik jika ia hancur. "
" Hidup tidak berakhir di sana. Tapi bermula di sana. "

Itulah bagaimana hebatnya kehidupan yang Allah cipta dan aturkan untuk kita.
Belajarlah sesuatu daripada kehidupan.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 145 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 145 2020
24 Mei 2020M
1 Syawal 1441H
Ahad

BICARA DI 1 SYAWAL


Kita sebagai manusia tidak lekang daripada melakukan kesilapan dan kesalahan secara sedar ataupun tidak sedar.
Tidak semua hati, Allah menyentuhnya dengan kesedaran. Kadang-kadang Allah menjentik hati kita dengan kesilapan dan keburukan.
Kadang-kadang Allah menyentap kita dengan ujian yang di luar sangkaan kita.
Semuanya untuk mengajar kita.. Tanda sayang Allah kepada semua.
Belajarlah sesuatu daripada bicara itu.

Every pain gives a lesson and every lesson changes a person.

Kelak kita akan mengetahui bahawa kita lebih banyak belajar daripada kesilapan, berbanding nasihat.

Berbuat khilaf adalah sifat.
Meminta maaf adalah kewajipan.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.

Memadam kenangan baik atau buruk, tidaklah semudah hanya right click otak, delete dan empty recycle bin.
Tidak semudah ambil pemadam dan padamkan ia daripada lakaran minda.
Tidak semudah ambil mana-mana kenangan yang sudah tidak mahu dan campakkan ke dalam tong sampah.
Ketahuilah ia amat sukar namun ada jalannya.

Semua itu boleh hilang dengan kemaafan.. bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Kemaafan yang lahir daripada hati yang ikhlas akan lebih bermakna dan berkesan.

Dalam hidup ini.. kalau kita tidak mampu buat orang ketawa, jangan sekali-kali buat orang menangis.
Kalau kita tidak mampu buat orang bahagia, jangan ditambah lagi derita.
Kalau kita tidak mampu ubati luka..., jangan sekali-kali buatnya terluka.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Sabtu, 23 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 144 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 144 2020
23 Mei 2020M
30 Ramadan 1441H
Sabtu

MUHASABAH DI AKHIR RAMADAN

Hidup ini adalah sebuah perjalanan.
Tidak penting di mana kita bermula.
Yang penting ialah di mana dan bagaimana kita berakhir.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. 
Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk ditinggalkan.
Akhirat siapkan bekal untuk didatangi kerana kita akan pulang ke sana.
Entah bila? Tetap rahsia mutlak-Nya.

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...
Sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak-banyak, tidak sabar pula ingin pulang ke akhirat. Harta ke akhirat dihantar. Apa yang dinafkahkan dan infaq yang diberikan, itulah harta akhirat.

Pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat.

Wahai mata yang pernah melihat maksiat, menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat.

Wahai telinga yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat, sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.

Wahai jiwa yang hitam dan berkarat, perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat.

Wahai diri yang tidak ada arah tujuan, kembalilah ke pangkal jalan.
Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat...

Biarlah penat hanya sementara di dunia fana...kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk rehat dengan tenang di negeri Akhirat.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 22 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 143 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 143 2020
22 Mei 2020M
29 Ramadan 1441H
Jumaat

AKHIR BUKAN TERAKHIR


Disaat penghujung ramadan yang sayu, kita terkeliru antara gembira dan sedih.
Moga ramadan kali ini, bukan ramadan yang terakhir untuk kita.


Perjalanan waktu, terkadang tidak terasa.

Seolah baru kelmarin kita megucapkan marhaban ya syahru ramadan (selamat datang ramadan).
Tau-tau sekarang... kita sudah berada di penghujung bulan yang suci dan berkat ini.

Sahabat Sekalian;

Ramadan akan meninggalkan kita.
Bulan yang sangat murah mulia penuh berkat akan menjauhkan kita. Kita lepaskan pemergiannya dengan air mata. Bagai melepaskan sahabat tercinta yang kan senantiasa terkenang sepanjang masa. Bahkan kepergiannya ditangisi oleh langit, bumi dan para malaikat Allah SWT.

Ya Allah... setiap kali ramadan telah berakhir, hamba cemas Ya Allah. Kalau-kalau umur hamba tidak sampai pada ramadan tahun depan. 
Hamba cemas Ya Allah.. kalau ini adalah ramadan terakhir dalam hidup hamba.
Kerana itu .. panjangkan umur hamba Ya Allah untuk dapat kembali berjumpa dengan ramadan tahun depan agar hamba dapat semakin dekat dengan mu Ya Allah.. Ya Rabbi.
Bimbing kami Ya Allah.

"Wahai Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan Ridhamu yang kucari. Sudilah kiranya Engkau memberikan kepadaku rasa cinta kepada-Mu, rasa cinta-Mu (kepadaku) dan sifat makrifat kepada-Mu."

Sahabat Sekalian ;

Menjelang datangnya hari yang fitri, perkenangkan mohon maaf lahir dan batin dari kami sekeluarga. 
Kami hamba yang banyak berbuat kesalahan dan kealpaan. 
Banyak tutur kata yang kerap kali dusta. 
Banyak khilaf dalam bersikap.
Banyak khianat dalam berbuat.
Banyak janji yang tidak ditepati.
Banyak prasangka yang berujung luka.
Mohon maaf lahir dan batin kepada orang tua, para guru, keluarga, sahabat dan saudara di manapun berada.
Semoga kita benar-benar termasuk dalam orang yang kembali kepada fitrah... suci bagai bayi yang baru lahir dari rahim sang ibu tercinta. 

Takabbalallaha minna waminkum.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA