* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 16 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-16 2018 - 16/1/2018 28 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-16 2018 - 16/1/2018
28 Rabiul Akhir 1439H

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
Apabila usia telah senja kita akan benar-benar menghayati dan menghargai kasih sayang sahabat, kejujuran & kesetiaan lantas hidup kita akan terasa sepi dan sunyi seandainya bersendirian tanpa rakan, teman dan sahabat.
Apabila sudah tua barulah tahu erti sahabat yang paling rapat kerana bukan saja menjadi seorang kawan, tetapi melebihi daripada itu kerana seorang sahabat lebih mengenali diri dan memahami hati kita.
Hidup bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga keadaan sekalipun, malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan kegembiraan.
Persahabatan yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu di samping menjaga tutur kata dan tingkah laku. Kita perlu mempertahankan nama, maruah dan diri sahabat kita daripada tercemar jika berlaku sesuatu pengkhianatan terhadap sahabat kita.

BERSAHABATLAH DARI HATI KE HATI

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Isnin, 15 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-15 2018 - 15/1/2018 27 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-15 2018 - 15/1/2018
27 Rabiul Akhir 1439H

UJIAN DAN MUSIBAH… KESULITAN TERPILIH
تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya kesulitan bersama kemudahan"

Hari ini Allah SWT uji kita dengan beberapa kejadian yang di luar jangka, tanah runtuh, kemalangan, hujan, banjir, kebakaran, kesakitan dll….semua tu kita tidak minta, tapi Allah datangkan juga.
Hanya orang yang berakal sahaja yang mampu menerima dan berfikir dengan waras.. apa lagi dalam masa yang sama banyak perkara yang perlu difikirkan dan diuruskan… tambahan pula kita juga tercabar dengan kerenah-kerenah manusia yang begitu kreatif.

Yang penting, kita jujur. Kami yakin bahawa warga Mersing Hebat mampu berfikir dengan waras dan boleh membezakan antara keutamaan...... terutama bila melibatkan anak-anak didik kita yang dahagakan ilmu dan bimbingan seorang guru.
Tahniah kepada semua.

Kita yakin bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kita telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

POSITIF DENGAN MUSIBAH.
#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Ahad, 14 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-14 2018 - 14/1/2018 26 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-14 2018 - 14/1/2018
26 Rabiul Akhir 1439H

KETULUSAN HATI.
AlHamdulillah, setiap orang mempunyai hati.
Tiada siapa mampu menduga ketulusan hati.
Ia umpama cerek yang muncungnya kecil.
Tiada siapa yang boleh melihat sehingga menerobos ke dalamnya.
Kejernihan isinya hanya dapat dinilai daripada apa yang keluar daripadanya.
Kata orang,  hati yang baik dan jujur adalah lebih baik daripada segala-galanya.

Peliharalah hati. Jauhi kerenah dan penyakit-penyakit rohani yang boleh merosakkan hati kita, sekaligus akan merosakkan amal kebajikan yang kita telah lakukan.
Kawallah hatimu sebelum kamu dipengaruhi oleh nafsu dan gundah gulana.
Wassalam.

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Sabtu, 13 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-13 2018 - 13/1/2018 25 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-13 2018 - 13/1/2018
25 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah.. Prihatin kepada orang lain. (Rahmah)
Kekalkan hati positf dengan musibah…

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

Dari Abu Musa Al Asy'ari dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Berilah makan terhadap orang yang kelaparan, jenguklah orang sakit dan bebaskanlah tawanan." (HR Bukhari No: 5217) Status: Hadis Sahih

1.  Menjadi tanggungjawab setiap orang Muslim untuk memiliki sifat tolong menolong dan bantu membantu.
     Contoh :
a. Membantu mangsa banjir.
b. Memberi makan kepada orang yang kelaparan (orang yang susah),
c. Menziarahi orang sakit (bertanya khabar, mendoakan dan membantu apa yang perlu) 

2.  Jadilah kita orang yang prihatin dan menyayangi orang lain. Sifat kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain, bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada musibah atau bencana.

Menurut Al-Baghawi: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau  Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)

Dan…. Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebenar sebagai penghapus dosa manusia.
Tahniah dan terima kasih kepada warga Mersing Hebat yang sentiasa bersiap sedia membantu mangsa banjir samada melibatkan warga sekolah atau masyarakat setempat.

#MersingHebat
#TindakanSeAlimKata
Jumaat, 12 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-12 2018 - 12/1/2018 24 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-12 2018 - 12/1/2018
24 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah.. Apa khabar semua?
Maaf kerana agak lewat menghebahkan perkongsian titik positif hari ini.. Jumaat, Penghulu segala hari.
Sucikanlah hati kita …
Imam al-Ghazali berpesan:

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Carilah hati, betulkan dan sucikan rohaninya. Hati juga ada penyakit…
Sebenarnya MATA boleh bertindak balas dengan keadaan hati.
Macam mana tu?

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Positifnya … setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabbahnya. Qada’ dan Qadar …itu yang pasti.
Mata anugerah Allah…begitu juga hati.
Jihad yang paling utama bermula di hati.

#MersingHebat
#TindakanSeAlimKata
Khamis, 11 Januari 2018

Kenyataan Media KPM: Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Tahun 2018

Reaksi :  

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2018

Reaksi :  
PEMBATALAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015 Muat Turun

Halatuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Reaksi :  

Kembara Johor Showcase

Reaksi :  



Aspirasi Tuan PPD Mersing

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI KE-11 2018 - 11/1/2018 23 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-11 2018 - 11/1/2018
23 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah…anda ada sahabat?
Carilah sahabat yang baik… yang boleh membentuk dan mendidik peribadi anda jadi lebih baik.
Belajar sesuatu yang baik daripada sahabat anda.

Kata Saidina Ali RA : "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari."
Oleh yang demikian, hargailah sahabat kita. Carilah sahabat yang boleh membimbing kita melakukan perkara baik dan positif serta mampu menasihati dan mengingatkan kita apabila kita leka.
Carilah sahabat yang mampu membahagiakan kita dan sanggup menemani dan memahami kesusahan kita.

Sahabat juga boleh menjadi bayangan kepada sikap kita sendiri..
Jadinya…. “Teach by example”.

Anggaplah sahabat kita itu sebagai bunga yang wangi.
 “You can learn a lot of things from the flowers, especially in the month of June”
Kenapa bulan Jun? Carilah jawapannya… KBAT ni.

Carilah kebenaran dalam diri kita, jgn cari keburukan secara berterusan..
Cari keburukan diri untuk diperbetulkan, itu takpe…bagus.
“Count your blessings, not your problems.”

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Rabu, 10 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-10 2018 - 10/1/2018 22 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-10 2018 - 10/1/2018
22 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah… Api dalam diri…bahaya tu.
Orang yang paling merbahaya adalah orang yang suka berpura-pura.
Berpura-pura semasa bercakap.. berpura-pura semasa menulis@sediakan dokumen, juga semasa bertindak.
Tapi sebenarnya …. Tidak seperti sangkaan daripada luaran.
Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang seperti itu dan dijauhi daripada orang yang sebegitu.

Positifnya….Allah datangkan semua itu untuk uji kita dan tingkatkan nilai dan potensi diri kita.
Mulakan perubahan dengan hati.
Teruskan berdoa..

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Selasa, 9 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-9 2018 - 9/1/2018 21 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-9 2018 - 9/1/2018
21 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah… Allah sedang mendidik kita.
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian atau cabaran yang mendatang.
Allah juga uji kita dengan kerenah yang ada dalam diri kita.
Allah tangguh sesuatu untuk didik kesabaran.
Allah ambil sesuatu untuk didik rasa reda.
Sampai masanya nanti, Allah akan berikan ganjaran yang kita tak pernah menyangkanya.
Saat itu, kita akan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tenanglah….Sesungguh Allah menyukai dan bersama-sama orang yang sabar.

ALLAH SWT SEDANG MENDIDIK HATI KITA.
TERIMALAH DIDIKAN ALLAH DENGAN PENUH RASA KEHAMBAAN… KERANA KITA KHALIFAHNYA..
SATU AMANAH BESAR.

Manusia Sebagai Khalifah di Bumi

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً
“Dan Ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada malaikat sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. (QS; Al Baqarah :30)


#MersingHebat
Isnin, 8 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE LAPAN 2018 - 8/1/2018 20 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE LAPAN 2018 - 8/1/2018
20 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah…antara kaedah untuk kekalkan aura positif dalam diri kita ialah lestarikan sangka baik…jauhi buruk sangka.. Latih hati supaya senang hati..
Petua Senang Hati :
  1. Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah SWT.
  2. Latih hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.
  3. Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
  4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat daripada Allah SWT.
  5. Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT.
  6. Latih hati sentiasa yakin bahawa Allah bersama-sama kita…sentiasa perhatikan kita dan sentiasa menjaga kita.

#MersingHebat