* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 26 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-146 2018 26 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-146 2018
26 Mei 2018
10 Ramadan 1439H

Sabtu

LURUSKAN LIDAH


Lidah adalah satu anggota manusia yang tidak bertulang namun ianya lebih tajam daripada mata pedang. Dengan lidahlah maka lahirnya tutur kata yang baik dan buruk.

" Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut badan binasa."
" Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Iman seseorang hamba Allah SWT tidak akan lurus sebelum lurus hatinya.
Dan.... hatinya tidak akan lurus sehinggalah lurus lidahnya.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi.. marilah kita membentuk diri kita agar sentiasa bercakap perkara yang benar. Latihkan dengan jujur dalam bertutur.

Pengajaran :
- Berhati-hati dengan lidah...
- Lidah adalah salah satu anggota badan yang berbahaya jika tidak dikawal dan dijaga.
- Berfikir sebelum bercakap...
- Diam adalah lebih baik dari berkata menyakitkan hati orang. 
- Makin banyak cakap, makin banyak salahnya... Jadi cakap apa yang perlu...dan tidak sia-sia.


#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Jumaat, 25 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-145 2018 25 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-145 2018
25 Mei 2018
9 Ramadan 1439H

Jumaat

SIAPA YANG SALAH


Dalam banyak keadaan dan situasi, kita sering lupa kesilapan diri sendiri dan sibuk mencari kesalahan orang lain atau lebih teruk ialah melempiaskan kesalahan diri sendiri kepada orang lain.
Di mana-mana rasanya kita pernah jumpa sikap orang seperti ini.
Adakah kita juga tergolong dalam golongan tersebut?

Jom kita sama-sama perbaiki diri sendiri. 
Jangan asyik menyalahkan orang lain di setiap permasalahan yang timbul, kerana... ada kalanya ianya datang daripada diri kita sendiri...  bukan orang lain.

Ingatlah diri sendiri, bantulah rakan kita sebagai tanda sayang kepada persahabatan tersebut. Bawalah sama mereka ke syurga.
Insya Allah.

#1TP1H
#IbnM

#MersingHebat
Khamis, 24 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-144 2018 24 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-144 2018
24 Mei 2018
8 Ramadan 1439H

Khamis

KENDERAI SEBUAH KEJUJURAN


Semua orang mendambakan seorang sahabat yang jujur. 
Semua orang menginginkan kejujuran orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Sebagai seorang ketua, kita nakkan pengikut yang jujur.
Sebagai seorang yang dipimpin, kita juga nakkan pemimpin yang jujur.
Jadinya.... mulakan dengan diri sendiri dulu.

Jadikanlah kejujuran sebagai kenderaan kita.
Jadikanlah kebenaran sebagai pedang kita.
Dan ... jadikanlah Allah SWT sebagai Tuhan kita.
#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Rabu, 23 Mei 2018

Tinjauan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

Reaksi :  
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia 2013-2025 dan kini sedang menjalankan tinjuan berkaitan PIBK kepada ibu bapa. Tujuan tinjauan ini adalah untuk mendapatkan pandangan tuan/puan mengenai inisiatif pelibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.
Sila layari pautan ini untuk ke soalan survey https://www.surveymonkey.com/r/PelibatanIbuBapa
Untuk makluman , semua maklumat yang diberikan dalam kajian ini adalah sulit.
Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Gangguan Teknikal Portal PPD Mersing

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI KE-143 2018 23 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-143 2018
23 Mei 2018
7 Ramadan 1439H

Rabu

HATI TIDAK BAHAGIA


Hati tidak bahagia ada sebabnya yang mungkin kita sedar ataupun tidak.
Terdapat banyak faktor kenapa hati kita tidak bahagia...

1) Tidak ikhlas.
2) Pemarah
3) Pendendam
4) Hasad Dengki
5) Bakhil
6) Tamak
7) Tidak Sabar
8) Ego
9) Riak
10) Cinta dunia.
11) Malas
12) Rasa diri adalah yang terbaik.
13) Bermuka-muka@munafik.
14) Fikir yang bukan-bukan.
15) Tidak tetap pendirian

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Selasa, 22 Mei 2018

Jasamu Dikenang - KSU KPM

Reaksi :  

Penjawat Awam kini

Reaksi :  
Terkini, penjawat awam adalah tangan terkuat..Terdahulu, penjawat awam adalah tulang belakang dan rakan strategik kerajaan.Sebenarnya peranan penjawat awam amat penting dalam pembangunan negara. #infografikjpa

TITIK POSITIF HARI KE-142 2018 22 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-142 2018
22 Mei 2018
6 Ramadan 1439H

Selasa

BUKAN JAMINAN

Tua bukan jaminan seseorang itu boleh berfikir dengan matang.

Belajar tinggi juga bukan jaminan seseorang itu mengetahui dalam semua hal.
Sijil yang dipegang juga bukan jaminan seseorang itu berakhlak baik, berjiwa kental.
Apa yang dikata orang tentang diri kita, tidak semestinya benar.
Acuan orang lain, tidak semestinya sesuai untuk kita. Acuan yang berbeza akan membuahkan hasil yang berbeza.
Manfaatkan dalam bersahabat agar boleh menjadikan kita lebih baik, bukan sebaliknya.
Carilah sesuatu yang bermanfaat dalam persahabatan.
Carilah kebenaran dicelah persahabatan walaupun ianya bukan satu jaminan.
Cubalah untuk betulkan keadaan walaupun sebenarnya ia sesuatu yang memahitkan.  Gantilah ia dengan madu yang boleh memaniskan kita dalam erti sebenar sebuah organisasi.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Isnin, 21 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-141 2018 21 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-141 2018
21 Mei 2018
5 Ramadan 1439H

Isnin

REALITI YANG DISEMBUNYIKAN

Dalam banyak keadaan yang terdesak, pemikiran kita kadang-kadang terhijab untuk menyatakan realiti. Kita menafikan hakikat yang sebenar dengan penceritaan dan fakta yang agak berbeza dan kurang jelas dengan tujuan tertentu.

Mungkin untuk kepentingan diri sendiri atau lainnya.
Ada orang kata, itu adalah sikap bermuka-muka. Iaitu menutup sesuatu dengan sesuatu yang lain bahkan jauh daripada hal yang sebenar.
Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dalam sesuatu organisasi, maka organisasi tersebut boleh musnah.
Contoh : Kita sanggup mengaburi ketua kita dengan maklumat-maklumat yang tidak tepat, bahkan mungkin direka-reka dengan bertujuan hanya untuk mengambil hati ketua atau sebagainya. Akhirnya ketua akan membuat keputusan@penyelesaian yang jauh menyimpang daripada permasalahan yang sebenar. Isu sebenar tidak akan selesai dengan pendekatan ini.

Terimalah realiti yang berlaku dengan hati yang terbuka. Bermuhasabahlah dan carilah penyelesaian yang terbaik dengan mengambil kira semua aspek dan sudut pandang yang berbeza. Jauhilah sikap bermuka-muka.


#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat


Ahad, 20 Mei 2018

The POLC Cycle

Reaksi :  

Pengetua SMK Sri Mersing melapor diri - 16 Mei 2018

Reaksi :  
AlHamdulillah.. 
Selamat datang.
Tahniah. 

En. Hasan Abd. Rashid melapor diri sebagai Pengetua SMK Sri Mersing 
berkuatkuasa pada 16 Mei 2018.

#MersingHebat



TITIK POSITIF HARI KE-140 2018 20 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-140 2018
20 Mei 2018
4 Ramadan 1439H

Ahad

SABARLAH SEBAGAI PENYABAR


Orang yang penyabar, paling banyak terluka... sakit hatinya... tercalar emosinya... terusik perasaannya... KENAPA ?
Mungkin kerana sabarnya melalui pelbagai ujian dan perderitaan serta kesusahan.
Namun ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada mereka amat besar dan tidak boleh digambarkan. 
Teruskan bersabar.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-139 2018 19 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-139 2018
19 Mei 2018
3 Ramadan 1439H

Sabtu

DOA BOLEH MERUBAH


Ketika satu hal menjadi mustahil, doa mengubah segalanya.
Ketika tiada tiada satupun jalan keluar, doa boleh merubah segalanya.
Ketika tiada pengharapan, doa boleh mengubah segalanya.

Teruskan berdoa kepada Allah SWT.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-138 2018 18 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-138 2018
18 Mei 2018
2 Ramadan 1439H

Jumaat

SENANGKAN ORANG LAIN

Jadilah orang yang boleh menjadi penenang kepada orang lain, bukan sebaliknya.

Jadilah orang yang senang tengok orang lain senang. Janganlah jadi orang yang senang tengok orang lain susah.
Senang sama senang, susah sama susah.
Insya Allah organisasi kita akan menjadi lebih baik dan harmoni.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat