* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 29 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 60 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 60 2020
29 Februari 2020M
5 Rejab 1441H
Sabtu

KASIH SAYANG


Kasih sayang diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah :

1) Hikmah
2) Pengajaran yang baik.
3) Berdebat dengan cara yang baik.

Berhikmah bila berhadapan dengan orang yang bijak.
Berpengajaran bila berhadapan dengan orang yang sederhana.
Debat yang baik dengan orang yang degil.

" Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar. " (Dr. Hamka)

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Jumaat, 28 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 59 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 59 2020
28 Februari 2020M
4 Rejab 1441H
Jumaat

Hidup kita ni terlalu singkat untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting.
Bergembiralah, berbuat baiklah, curahkanlah kasih sayang, capaikanlah cita-cita kita, perbaikilah hidup kita.
Terus pandang ke depan, usahlah dikesalkan apa yang telahpun berlalu. Jadikannya sebagai pengajaran.
Berfikirlah yang positif. Berfikirlah dengan cara yang positif.
Jangan sesekali membiarkan orang yang negatif berjaya menjatuhkan kita.

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Khamis, 27 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 58 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 58 2020
27 Februari 2020M
3 Rejab 1441H
Khamis

Apabila kita mengisi ruang-ruang otak kita dengan fikiran yang negatif, bagaimana kita mahu mengecapi kebahagiaan dan ketenangan?

Sama ada kita tenang atau gelisah, ia bergantung kepada bagaimana kita mengisi ruang-ruang yang ada..

Rahsia tenang ialah jangan layan rasa di hati.
Alihkan fikiran ke arah yang boleh mendamaikan hati.

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Rabu, 26 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 57 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 57 2020
26 Februari 2020M
2 Rejab 1441H
Rabu

PESANAN TENTANG SAHABAT

1.  Pilih sahabat yang berakal, jangan pilih sahabat yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

2.  Pilih sahabat yang berakhlak jangan pilih sahabat yang jahat kerana akan dirangsang oleh nafsu jahatnya.

3.  Pilih sahabat yang soleh jangan pilih sahabat yang fasik kerana akan diajar kita melakukan pekerjaan dosa dan maksiat.

4.  Pilih sahabat yang bersederhana jangan pilih sahabat yang tamak  kerana akan menjadi racun kepada sifat pemurah.

5.  Pilih sahabat yang bercakap benar jangan pilih sahabat yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Bersahabatlah dengan iman dan ilmu.


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif