* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Ahad, 21 Januari 2018

SOP Khidmat Meja Bantuan Tablet Guru

Reaksi :  
SOP Khidmat Meja Bantuan Tablet Guru : https://drive.google.com/file/d/1t1zinaiKLfhNdqM4-6f3vNzwEXSZwfZb/view

TITIK POSITIF HARI KE-21 2018 - 21/1/2018 4 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-21 2018 - 21/1/2018
4 Jamadil Awwal 1439H

SAHABAT ANUGERAH TERINDAH

Adakala kita bersalah..
Allah SWT datangkan sahabat untuk menegur 

Adakala kita betul..
Allah SWT datangkan sahabat yang patut ditegur.

Adakala kita diuji..
Allah SWT datangkan sahabat untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji..
Allah SWT beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi, hargailah sahabat..
Mungkin kerana dia, kita ke syurga.
-Hamka-

Hal yang sama berlaku dalam sesebuah organisasi....rakan setugas atau rakan seorganisasi adalah sahabat dan keluarga kita.

#MersingHebat
#TindakanSealimKata
Sabtu, 20 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-20 2018 - 20/1/2018 3 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-20 2018 - 20/1/2018
3 Jamadil Awwal 1439H

RASA BERSALAH.
Tanda Allah sayangkan kita ialah apabila kita membuat sesuatu dosa dan keailapan, Allah SWT datangkan rasa bersalah dalam diri kita atas dosa tersebut.
Alhamdulillah, itulah tanda Allah masih menyayangi kita.
Peluang ini bukan semua orang dapat..
Hanya yang terpilih.

#MersingHebat
Jumaat, 19 Januari 2018

Peringatan : Takwim Persekolahan dan Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya 2018

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-19 2018 - 19/1/2018 2 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-19 2018 - 19/1/2018
2 Jamadil Awwal 1439H

SABAR ANUGERAH TERINDAH

Kenyataan hidup di dunia yang penuh dengan ujian, musibah dan cabaran sebenarnya menuntut kita semua untuk mempersiapkan diri dengan bekalan yang ampuh iaitu sabar. Allah SWT telah mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah. Saban hari kita juga dihidangkan dengan pelbagai berita musibah dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh ramai manusia di sekeliling kita seperti kekecewaan, kehilangan, kemalangan, kematian, dan pelbagai kerenah manusia. Tambahan lagi berlaku konflik nilai dalam hubungan sesama manusia dalam sesuatu organisasi atau masyarakat. Konflik nilai dan etika juga boleh berlaku antara pemimpin dan yang dipimpin.
Kita balik kepada perkara pokoknya, iaitu cabaran dan ujian Allah SWT hanya berikan kepada orang-orang yang terpilih…. Allah sendiri yang pilih.
Kesabaran amat penting. Allah janjikan sesuatu yang lebih besar, bila kita sabar.

Hikmah Sabar :
  1. Kesejahteraan, rahmat dan hidayah.
  2. Penghapusan dosa.
  3. Ganjaran pahala tanpa hisab.
  4. Kelayakan untuk tinggal di Syurga.
Be patient  + seeking for forgiveness = peaceful mind.
Dunia akan damai bila ramai orang yang melestarikan sabar dalam diri mereka.
Dan….kiranya tak ramai orang yang sabar, tidak salah kiranya kita yang ada ni, jadi minoriti.

Bak lagu Michael Jackson "Man In the Mirror";

"If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself and then make a change"

Mulakan dengan diri sendiri.
Tenang seadanya.

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi

TITIK POSITIF HARI KE-18 2018 - 18/1/2018 1 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-18 2018 - 18/1/2018
1 Jamadil Awwal 1439H

TENANG DALAM ORGANISASI

Kita tidak boleh lari daripada kerenah dalam sesebuah organisasi atau jemaah. Begitu juga dalam solat berjemaah.
Terdapat perkara yang boleh kita kawal, dan ada perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Sebagai langkah positifnya…kita tumpukan kepada apa yang kita boleh kawal iaitu diri kita sendiri…mulakan perubahan, baiki kerenah yang mungkin ada dalam diri kita terlebih dulu. Disiplin diri kita seperti disiplin dalam solat.
Bagi seorang pemimpin, sudah tentu tanggungjawabnya lebih besar….kena jaga organisasi ada apa sahaja yang ada dalam ruang lingkup sesebuah organisasi.
Perjalanan kita masih jauh. Kiranya sebelum ini, kita lebih banyak mengurus kerenah daripada pengurusan pendidikan itu sendiri, maka berubahlah, baikilah…. Kerana tujuan kita berada di Mersing bukan untuk buat kerenah atau hanya mengurus kerenah, tapi memacu, menggerak, menyokong usaha pendidikan di daerah Mersing.

Tuan PPD selalu sebut…jadilah penyelesai masalah, bukan menimbulkan masalah. Patuhi ketua dan jangan membelakangi ketua.

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi

Infografik STAM

Reaksi :  

Khamis, 18 Januari 2018

Perutusan Awal Tahun KPM 2018

Reaksi :