* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 30 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 151 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 151 2020
30 Mei 2020M
7 Syawal 1441H
Sabtu

JADILAH ORANG BAIK

Jadilah orang yang baik dalam pandang Allah SWT.
Jadilah orang yang baik dalam berakhlak, bersahsiah mulia.
Jadilah orang yang baik dalam sabarnya.
Jadilah orang yang baik dalam tuturnya.
Jadilah orang yang baik dalam dengarnya.
Jadilah orang yang baik dalam lakunya.
Jadilah orang yang baik dalam wataknya.
Jadilah orang yang baik dalam bijaknya.
Jadilah orang yang baik dalam lihatnya.
Jadilah orang yang baik dalam tulisnya.
Jadilah orang yang baik dalam baiknya.
Jadilah orang yang baik dalam rajinnya.
Jadilah orang yang baik dalam jujurnya.

Orang yang suka melihat kebaikan, nescaya kebaikan itu akan hadir dalam dirinya.
Orang yang suka melihat keburukan, nescaya keburukan itu akan ada dalam dirinya.
Lihatlah ikan itu pada isinya, bukan pada tulangnya.
Lihatlah sesuatu itu pad abaiknya, bukan pada buruknya.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Reaksi :  


HIMPUNAN KENYATAAN RASMI, SURAT SIARAN, GARIS PANDUAN, SOALAN LAZIM BERKAITAN PERKHIDMATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPANJANG TEMPOH PKP DAN PKPB.

Susunan adalah mengikut tarikh. Dokumen-dokumen berkenaan adalah saling berkait dan perlu dibaca secara bersama.
Dapatkan di pautan berikut :
https://t.me/c/1266048902/2536

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Lampiran :

Jumaat, 29 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 150 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 150 2020
29 Mei 2020M
6 Syawal 1441H
Jumaat

URUSKAN YAKIN KITA

Datangkan nama Allah SWT dalam yakin kita.
Datangkan yakin kita dalam lisan.
Datangkan yakin kita dalam janji.
Datangkan yakin kita dalam tindakan.
Datangkan yakin kita dalam kebergantungan.
Kebergantungan kita kepada manusia menjadikan akal kita semakin sempit.
Bergantunglah kepada Yang Maha Pencipta.

Tingkatkan keyakinan kita :

1) Terokai ilmu dalam yakin kita.

2) Lihatlah dalam yakin kita.

3) Carilah kebenaran dalam yakin kita.
- kita akan yakin dengan kebenaran bila kita buat tindakan.
- try and creat the action.
- kejayaaan kecil akan membawa kepada kejayaan besar.
- setiap hari, carilah apa yang terbaik kita telah lakukan.
- konsisten dengan kejayaan kecil, lama-kelamaan yang membentuk kejayaan yang besar.
- kejayaan datang daripada tindakan.
- kita buat, kita akan tahu. Kalau kita tak buat, kita tak rasa dan tidak akan faham.
- amalkan my action not somebody else.

4) Sempurna dalam yakin.
- buat berkali-kali.. kita akan yakin.
- yakin dengan sempurna, maka kita terus yakin dengan tindakan kita.
- latihan dan guna strategi yang betul.

5) Apa yang kita dapat adalah berapa luas kapasiti otak kita.
- tingkatkan berapa yang dia percaya boleh dapat.
- tingkatkan apa yang kita percaya.
- tingkatkan apa yang kita mampu capai.

6) Strategik dalam yakin.
- tingkatkan pengetahuan, kemahiran dan strategi.
- terokai pengajaran dalam pengalaman dan sejarah.
- berfokus kepada penyelesaian isu.

YAKINLAH BAHAWA KITA JUGA ADA HAK UNTUK BERJAYA.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 28 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 149 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 149 2020
28 Mei 2020M
5 Syawal 1441H
Khamis

HATI-HATI DENGAN HATI

Jaga hati kita untuk semua.
Jaga hati semua untuk kita.
Jaga lisan kita untuk hati.
Jaga tulisan kita untuk hati.
Jaga tindakan kita untuk hati.
Jaga watak kita untuk hati.
Jaga kelakuan kita untuk hati.
Jaga akhlak kita untuk hati.
Jaga senyum kita untuk hati.
Jaga lihat kita untuk hati.
Jaga dengar kita untuk hati.
Jaga salah kita untuk hati.
Jaga benar kita untuk hati.
Jaga ajar kita untuk hati.
Jaga ajak kita untuk hati.
Jaga dakwah kita untuk hati.
Jaga juang kita untuk hati.
Jaga semuanya.. 
Kerana dalam semua itu, ada hati.
Berhati-hatilah.

Jangan sampai ia menjadi asbab orang yang berhajat untuk berubah, tiba-tiba tidak mahu berubah.
Jangan sampai asbab kita, orang yang nak jadi baik, tiba-tiba tak jadi.
Jangan sampai asbab kita, orang baik jadi jahat.
Jangan sampai kerana kita, orang nak beriman tiba-tiba bertukar fikirannya.
Jangan sampai kerana kita, orang yang nak bertaubat, tak jadi.
Jangan sampai kerana kita, orang nak bercakap benar tiba-tiba terus terpaksa berbohong atau mencipta alasan.
Jangan sampai kerana kita, orang yang nak berkawan tiba-tiba tak jadi.

Paculah kebaikan, bukan membantutkannya.
Bersihkanlah hati kita untuk hati mereka.
Berhati-hatilah kerana dalam hati ada hati.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 27 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 148 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 148 2020
27 Mei 2020M
4 Syawal 1441H
Rabu

MENILAI DIRI SENDIRI

Menilai diri sendiri lebih susah daripada menilai 1000 orang lain.
Berbahagialah kita, jika mampu menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Binalah watak diri yang baik untuk penilaian yang baik.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

ARAHAN PENEMPATAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :

ARAHAN PENEMPATAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hjh. Fazidah binti A. Sani, PK Pentadbiran SM Sains Sultan Iskandar Mersing telah ditempatkan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Johor (JEE2043) berkuat kuasa pada 18 Mei 2020.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing merakamkan ucapan syukur dan tahniah atas penempatan tersebut.
Selamat Maju Jaya.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing


TARIKH PENTING PENGURUSAN DATA JUN 2020

Reaksi :  


Selasa, 26 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 147 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 147 2020
26 Mei 2020M
3 Syawal 1441H
Selasa

KERAS KEPALA .. GARANG

Orang yang keras kepala dan garang sebenar tidak ramai, tapi banyak berlaku dalam dua watak manusia.
Bila bercakap, mereka berterus terang dan lantang tidak kira siapa seolah-olah semua orang perlu akur dengan mereka. Egonya agak tinggi dan sentiasa merasakan diri betul.
Kita tidak akan mampu memahami mereka 100%.

Tapi kebanyakan mereka berhati lembut dan sensitif. Hati mereka kecil dan cepat terasa bila terkena pada diri sendiri. Walaupun sebenarnya ...... mereka memperlakukan orang lain lebih daripada itu. Tanpa sedar, sebenarnya Allah SWT sedang menyentuh hari mereka dan kita.

Positifnya, orang seperti ini amat tegas dalam membuat keputusan sehingga sukar dipengaruhi.
Diam, dengar, pendam, mengalah, senyum dan bersahaja adalah senjata yang paling berkesan bila berhadapan dengan mereka. Maafkan mereka. Doakanlah yang terbaik.

Orang seperti ini sesuai untuk berada dalam pasukan kita. Walaupun seorang, ia cukup membuatkan pasukan kita kuat dan disegani.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H

MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA