* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Jumaat, 18 September 2020

TITIK POSITIF HARI 262 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 262 2020
18 Sept. 2020M
30 Muharram 1442H
Jumaat


Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah.
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya, lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya.

Jika ingin melihat keadilan mindanya dan kebaikan pula pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pendangan berbeza dengannya..

(Ustaz Zaharuddin)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Khamis, 17 September 2020

TITIK POSITIF HARI 261 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 261 2020
17 Sept. 2020M
29 Muharram 1442H
Khamis

IKHLAS DALAM BEKERJA

Untuk mendapatkan ikhlas dalam pekerjaan, hendaklah terlebih dahulu melaksanakan kerja tersebut dengan baik, memperbanyakkan dan menjada adab-adab serta integriti semasa bekerja.
Bukan sebaliknya dengan menunggu ikhlas dahulu, barulah nak buat kerja dengan baik.
Janganlah kita menunggu sehingga benar-benar ikhlas, barulah nak membuat kerja dengan baik. Tetapi buatlah kerja dengan baik terlebih dahulu sambil berusaha untuk mendapatkan hati yang ikhlas.

" Orang yang ikhlas itu sama sahaja sama ada orang memujinya atau mengejinya. Sama ada di belakang atau di hadapan orang, ibadahnya tetap sama. " 
(Saidina Ali)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 16 September 2020

TITIK POSITIF HARI 260 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 260 2020
16 Sept. 2020M
28 Muharram 1442H
Rabu


Jangan memandang orang pada status dan hartanya kerana kasut emas firaunpun berada di neraka.
Sedangkan selipar lusuh Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Pandanglah orang lain daripada pelbagai sudut yang berbeza.
Pandanglah mereka dengan hati yang jujur.

Berkawanlah dengan orang yang suka menasihati kita agar tetap dengan kebaikan... yang sentiasa memberi semangat kepada kita, menegur tika kita silap, menerima kekurangan kita dan selalu sudi membantu kita.
Dialah kawan sebenar kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 259 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 259 2020
15 Sept. 2020M
27 Muharram 1442H
Selasa

Menjaga hati lebih penting daripada menjaga lisan. Lisan dan hati berjalan seiring.
Jika seseorang yang hatinya baik, maka akan keluar daripada lisannya perkataan yang baik. Lisan mencerminkan kebersihan hati seseorang.

Sekiranya hati kita kotor, dosa yang jauhpun kita cari.
Tapi kalau hati kita bersih, dosa depan matapun kita tidak pandang untuk diaibkan.

Cuci hati kita dengan zikir. Zikir sampai hati kita benci buat dosa.
Bila hati kita bersih, maka tiada minat dengan dosa.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 14 September 2020

TITIK POSITIF HARI 258 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 258 2020
14 Sept. 2020M
26 Muharram 1442H
Isnin


Jika diri kita tidak mampu menjadi seumpama air yang dapat menghilangkan dahaga, maka janganlah kita menjadi api yang membakar apa sahaja.

Jika kita tidak mampu membahagiakan orang lain sedangkan orang lain membahagiakan kita, maka sekurang-kurangnya jagalah hati orang yang membahagiakan kita.
Bukan mudah mencari orang mampu menyayangi kita walaupun orang itu sedar akan kekurangan diri kita. Cubalah menghargai mereka walaupun kita tidak mampu untuk membahagiakan mereka.

Jangan kita pula menambahkan rasa susah hati mereka kerana... sekali manusia berpaling wajah daripada kita, maka susah kita untuk menarik semula wajah mereka memandang kita sekarang sepertimana mereka memandang kita sebelum ini. Pandanglah mereka dengan rasa kasih sayang.

Semua orang boleh melalukan kesilapan. Mungkin dengan kesilapan kita itu, telah mengubah hati mereka membenci kita. 
Jangan memberi alasan bahawa kekurangan diri, membolehkan kita melakukan apa sahaja kepada orang lain... kerana untuk meraih rasa hormat dan kasih sayang daripada orang lain itu payah jika sudah tawar hati mereka kepada kita.
Cubalah menghargai dan jangan cuba mengkhianati.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : 
https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Ahad, 13 September 2020

TITIK POSITIF HARI 257 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 257 2020
13 Sept. 2020M
25 Muharram 1442H
Ahad


Memberilah selagi ada ruang.
Andai kuasa itu dikaitkan dengan kedudukan semata-mata, renungkan setinggi mana ingin kita angkat kedudukan ini.
Oleh itu, biarlah kuasa ini sinonimm dengan tindakan. Selagi ada ruang dan peluang, memberilah. Memberi bukan kerana kita memiliki semuanya, tetapi kerana kita telah terlalu banyak menerima.

(Shaharuddin Saari)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

Sabtu, 12 September 2020

TITIK POSITIF HARI 256 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 256 2020
12 Sept. 2020M
24 Muharram 1442H
Sabtu


Segelas air jika dituangkan ke dalam laut yang luas, sudah tentu kita tidak nampak peningkatan air laut tetapi yakin tak, air laut itu semakin bertambah?
Istiqamah.. berterusanlah dalam melakukan kebaikan dan amal. Namun jangan terburu-buru untuk mendapatkan hasilnya.
Yakinlah.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 255 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 255 2020
11 Sept. 2020M
23 Muharram 1442H
Jumaat


Walau sesusah manapun hidup yang dilalui, biarlah tetap teguh iman di hati.
Jangan sesekali mempersoalkan kenapa diri kita diduga begini dan begitu.
Walau seteruk mana cabaran yang datang, tentunya ada penyelesaiannya yang dirahsiakan.

Bila berjaya, jangan lupa asal kita. Jangan lupa mula kita.
Terbanglah setinggi manapun kita mahu, tapi jangan lupa diri.
Sehebat manapun kita, ingatlah kita hebat kerana doa ibubapa.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 254 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 254 2020
10 Sept. 2020M
22 Muharram 1442H
Khamis


Daripada Fadhalaah bin 'Ubaid berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada (mentaati) Allah".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Justeru, tempatkanlah diri kita dalam kalangan mereka. Himpunkanlah pakej akhlak Al-Quran dalam diri kita demi kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 9 September 2020

TITIK POSITIF HARI 253 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 253 2020
9 Sept. 2020M
21 Muharram 1442H
Rabu


Apabila Sifat Amanah Diangkat

Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/