* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Selasa, 7 April 2020

TITIK POSITIF HARI 98 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 98 2020
7 April 2020M
13 Syaaban 1441H
Selasa

Some people want it to happen.
Some wish it would happen.
Others make it happen.

BUT..... Never blame anyone in your life.
Good people give you happiness.
Bad people give you experience.
Worst people give you a lesson.
Best people give you memories.


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Isnin, 6 April 2020

TITIK POSITIF HARI 97 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 97 2020
6 April 2020M
12 Syaaban 1441H
Isnin

MENERIMA KENYATAAN (BE REALISTIC)


Kadang-kadang kita kurang mengenali diri kita sendiri. Banyak faktor yang mungkin mengganggu pandangan kita untuk menyelami diri kita yang sebenar.

Kenalilah kekuatan dan kelemahan diri kita. Sasarkan matlamat yang boleh dicapai dan belajar menerima hakikat apa yang kita tidak mampu buat.
Berfikir dan bercakaplah dengan positif kepada diri kita sendiri.

Buatlah keputusan secara bijak dengan mengetahui fakta-fakta yang berkenaan. Buatlah bertimbangan antara kebaikan dan keburukan. 


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Ahad, 5 April 2020

TITIK POSITIF HARI 96 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 96 2020
5 April 2020M
11 Syaaban 1441H
Ahad

BERUNDUR SELANGKAH KE BELAKANG

Berundur selangkah ke belakang tidak bererti kita menyerah kalah sebaliknya memberi peluang yang sama kepada orang lain.
Kadang kala kita perlu melangkah ke belakang buat seketika sebelum maju dua langkah ke hadapan.

Tidak salah untuk kita tidak lagi menjadi paling pantas, sebaliknya memberikan peluang kepada orang lain supaya kelajuan pasukan dan organisasi boleh bergerak seiring.
Seiring dengan kelajuan yang sama mungkin akan mengambil masa, tapi akan memberikan manfaat yang besar kepada organisasi.

Jangan merasa putus asa jika kita berundur selangkah ke belakang...
Ingatlah bagaimana anak panah mengundurkan diri ke belakang seketika untuk bergerak dengan laju kehadapan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA