* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Khamis, 23 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 23 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 23 2020
23 Januari 2020M
27 Jamadil Awal 1441H
Khamis

HAKIKAT ZAMAN

Sheikh Muhammad Mutawally Sya'rawi membuat huraian yang baik berkenaan dengan hakikat zaman dan masa.
Beliau berkata zaman adalah hijab masa hadapan. Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok atau lusa dan tahun-tahun yang mendatang. Apa yang kita ketahui  ialah kehidupan yang sedang dan telah kita lalui. Untuk masa depan, kita tidak mengetahuinya apakah ketentuan Allah yang sebenarnya. 
Pada hakikat yang sebenarnya,  zaman yang memiliki kita, bukan kita memiliki zaman. Tiada sesiapa pun yang boleh hidup di luar garis zaman, mana mungkin  seseorang terus berusia kanak- kanak dan tidak membesar.
Mana mungkin juga seseorang terus berada di alam remaja dan tidak  menjadi orang tua. Seseorang tidak mampu kembali ke zaman lampaunya untuk membetulkan kesalahannya. Tidak mungkin orang yang terlibat dengan jenayah pembunuhan untuk kembali ke masa lalu untuk mengelakkan pembunuhan tersebut.

Apa yang boleh kita simpulkan dari tulisan Sheikh di atas ialah untuk kita gunakan ruang masa yang Allah kurniakan untuk membuat kebaikan, berubah menjadi lebih baik dan merancang untuk menambah kebaikan.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 22 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 22 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 22 2020
22 Januari 2020M
26 Jamadil Awal 1441H
Rabu

Pengajaran tanpa kesakitan, biasanya tidak akan memberikan apa-apa makna. 

Dari kesakitan atau kesusahan itulah, kita dapat belajar mendapatkan hati yang lebih kuat.
Kejayaan yang dikecapi dengan kesusahan akan lebih bermakna daripada kejayaan yang diberikan secara percuma.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Selasa, 21 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 21 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 21 2020
21 Januari 2020M
25 Jamadil Awal 1441H
Selasa

HARAPAN TERCICIR


Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apa yang menyebabkan kekecewaan bukannya orang lain, tetapi harapan yang kita letakkan pada seseorang terlalu tinggi atau sebaliknya.

Tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya bermuhasabahlah tentang diri kita sendiri.
Jangan terlalu berharap dalam pencarian, tetapi berserahlah kepada Dia Yang Maha Esa. 

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 20 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 20 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 20 2020
20 Januari 2020M
24 Jamadil Awal 1441H
Isnin

Setiap orang ada masalah masing-masing. Jangan anggap kita sahaja yang ada masalah.
Setiap orang sedang bergelut dengan ujian masing-masing.
Fahamilah orang lain anda kita nak difahami.
Perbaikilah diri.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Ahad, 19 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 19 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 19 2020
19 Januari 2020M
23 Jamadil Awal 1441H
Ahad

Tidak ada kata terlambat untuk berubah menjadi lebih baik walaupun seburuk manapun kita sebelumnya.

Tapi bila hidayah seputih salju daripada Allah SWT telah datang, semuanya akan menjadi lebih indah.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Sabtu, 18 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 18 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 18 2020
18 Januari 2020M
22 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

TUHAN MEMBALUT HADIAHNYA 

Manusia jika ingin memberi hadiah, pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya.
Hadiah yang berharga tidak akan diberi tanpa berbalut.
(Sekadar perbandingan untuk pencerahan. Tidak berniat untuk menyamakan Allah SWT dengan makhluk)

Begitu juga Allah SWT apabila ingin memberi hadiahNya.
Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan  dan kegagalan.
Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu.
Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan 'membalut' anugerahNya.
Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan.
Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.
Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya.
Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan.
Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.
Justeru,  bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia...tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

Nukilan Ustz Pahrol Mohd Juoi.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 17 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 17 2020
17 Januari 2020M
21 Jamadil Awal 1441H
Jumaat

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jangan kita terlalu sibuk tengok keburukan orang, sampai aib sendiri terdedah tanpa sedar.

Elakkan menilai seseorang daripada luaran sahaja. Buruk di mata kita, belum tentu buruk di mata orang lain. Kenali dulu mereka sebelum menghakimi.

Hiduplah di atas prinsip 'jadi orang baik, walaupun tak diperlakukan baik oleh manusia’.
Dan janganlah lemah dengan cacian manusia kerana kita semua sama hanyalah dari tanah!

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/