* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 20 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 20 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 20 2020
20 Januari 2020M
24 Jamadil Awal 1441H
Isnin

Setiap orang ada masalah masing-masing. Jangan anggap kita sahaja yang ada masalah.
Setiap orang sedang bergelut dengan ujian masing-masing.
Fahamilah orang lain anda kita nak difahami.
Perbaikilah diri.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Ahad, 19 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 19 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 19 2020
19 Januari 2020M
23 Jamadil Awal 1441H
Ahad

Tidak ada kata terlambat untuk berubah menjadi lebih baik walaupun seburuk manapun kita sebelumnya.

Tapi bila hidayah seputih salju daripada Allah SWT telah datang, semuanya akan menjadi lebih indah.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Sabtu, 18 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 18 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 18 2020
18 Januari 2020M
22 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

TUHAN MEMBALUT HADIAHNYA 

Manusia jika ingin memberi hadiah, pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya.
Hadiah yang berharga tidak akan diberi tanpa berbalut.
(Sekadar perbandingan untuk pencerahan. Tidak berniat untuk menyamakan Allah SWT dengan makhluk)

Begitu juga Allah SWT apabila ingin memberi hadiahNya.
Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan  dan kegagalan.
Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu.
Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan 'membalut' anugerahNya.
Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan.
Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.
Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya.
Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan.
Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.
Justeru,  bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia...tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

Nukilan Ustz Pahrol Mohd Juoi.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 17 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 17 2020
17 Januari 2020M
21 Jamadil Awal 1441H
Jumaat

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jangan kita terlalu sibuk tengok keburukan orang, sampai aib sendiri terdedah tanpa sedar.

Elakkan menilai seseorang daripada luaran sahaja. Buruk di mata kita, belum tentu buruk di mata orang lain. Kenali dulu mereka sebelum menghakimi.

Hiduplah di atas prinsip 'jadi orang baik, walaupun tak diperlakukan baik oleh manusia’.
Dan janganlah lemah dengan cacian manusia kerana kita semua sama hanyalah dari tanah!

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 16 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 16 2020
16 Januari 2020M
20 Jamadil Awal 1441H
Khamis

KEBENARAN YANG DICARI


Dalam kita cuba mencari kebenaran, terkadang kita akan berjumpa kepalsuan.
Dalam kita cuba mencari ketenangan, terkadang kita akan berjumpa kesulitan.
Dalam kita cuba mencari keaslian, terkadang kita akan berjumpa dengan tiruan.
Dalam kita cuba mencari kegembiraan, terkadang kita akan berjumpa kesedihan. 
Dalam kita cuba mencari ketulusan, terkadang kita akan berjumpa dengan keraguan.
Dalam kita cuba mencari kebahagiaan, terkadang kita akan berjumpa dengan ujian.
Dalam kita cuba mencari jawapan, terkadang kita akan berjumpa dengan kekeliruan. 
Dalam kita cuba mencari kesempurnaan, terkadang kita akan berjumpa kekurangan.
Dalam kita mencari TUHAN, di situlah terletaknya segala kebahagiaan. 
Begitulah kehidupan, semuanya mengikut aturan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Jariah untuk sahabat

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 15 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 15 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 15 2020
15 Januari 2020M
19 Jamadil Awal 1441H
Rabu

Tidak perlu mempedulikan ... 

Orang lain tahu atau tidak.
Orang berterima kasih atau tidak.
Orang mengakui atau tidak.
Orang menghargai atau tidak.
Orang balas budi atau tidak.
Semua itu benar-benar tidak penting.

Yang penting adalah ... cukuplah Allah SWT menjadi saksi dan menerima amal-amal kebaikan kita lakukan.
Cukuplah Allah SWT meredhai kita.

Jadi.. teruskan berbuat kebaikan dan tingkatkan kebaikan menjadi lebih baik .. dan lebih baik.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Selasa, 14 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 14 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 14 2020
14 Januari 2020M
18 Jamadil Awal 1441H
Selasa

NAMPAK ALIM


Nampak alim, tapi suka maksiat ketika bersendirian.

"Sungguh aku mengetahui satu kaum daripada umatku datang pada hari kiamat dengan banyak kebaikan seperti Gunung Tihamah. Namun Allah SWT menjadikan kebaikan tersebut menjadi debu yang bertebaran."
"Wahai Rasulullah SAW, cuba sebutkan sifat-sifat mereka supaya kami tidak menjad seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya."
"Adapaun mereka adalah saudara kalian. Kulit mereka sama dengan kulit kalian. Mereka menghidupkan malam (dengan ibadah) seperti kalian. Akan tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian, mereka bermaksiat kepada Allah SWT."
(Ibu Majah : 4245)

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 13 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 13 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 13 2020
13 Januari 2020M
17 Jamadil Awal 1441H
Isnin

BERUBAH SIKAP

Kesegeraan akan membawa kita kepada kesediaan.
Kita akan sentiasa bersedia dan keluar daripada zon selesa kepada satu zon yang memerlukan pengorbanan.

Buatlah pilihan dengan bijak untuk satu-satu kejayaan. Rahsia orang yang berjaya ialah terus berusaha dan sedia berkorban demi masa depan yang lebih cerah.

Gunalah semua kekuatan yang ada dalam diri kita.
Kenali potensi diri, asah dan tingkatkan keilmuan, kepakaran serta lestarikan dalam bentuka amalan atau tindakan.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/