* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 13 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 195 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 195 2020
13 Julai 2020M
21 Zulkaedah 1441H
Isnin

Orang bijak menganggap nasihat itu menyembuhkan, orang angkuh ula menganggap nasihat itu menyakitkan.

Di dunia, kita selalu menyalahkan orang yang menegur atau yang menasihati kita.
Tetapi di akhirat nanti, kita akan saling menyalahkan orang yang tidak menegur kita semasa di dunia.
Berhentilah menyalahkan orang lain. Merekalah asbab untuk kebaikan kita. Jadilah orang yang jujur.
 
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Ahad, 12 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 194 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 194 2020
12 Julai 2020M
20 Zulkaedah 1441H
Ahad

Salah dalam berbaik sangka itu jauh lebih baik dari benar dalam berburuk sangka...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka, sesungguhnya sebahagian buruk sangka itu berdosa.
(Al-Hujuraat: 12)

Para salafus soleh mengatakan:

لا يسلم العالم من الخطأ، فمن أخطأ قليلاً وأصاب كثيراً فهو عالم، ومن أصاب قليلاً وأخطأ كثيراً فهو جاهل
 
"Tidak ada seorang alim pun yang bebas daripada kesalahan. Barangsiapa yang salahnya sedikit dan benarnya lebih banyak maka dia seorang alim. Dan barangsiapa yang benarnya sedikit dan salahnya lebih banyak maka dia seorang jahil".
(Jami' Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi: 2/48)

Usahlah kau bercakap apa yang kau tidak tahu atau yang tidak jelas, semata-mata sangkaanmu atau jadi pak turut sahaja, atau kau mencela seseorang yang hanya mengikut hawa nafsu mu tanpa ilmu dan penjelasan. Takutlah pada Tuhan mu dan keadilannya di akhirat nanti...

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
 
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra': 36)

Bila engkau ditegur, mungkin pada engkau, engkau ada hujah yang betul. Maka janganlah engkau hukum yang menegur engkau itu salah. Mungkin sahaja dia ada hujah yang lebih kuat atau relevan, yang paling wajar engkau lakukan ialah bersabar dan bertenang serta bermuhasabah terhadap hujah dan pegangan engkau...

Tidak perlu engkau istisghar (استصغار) memperkecilkannya
atau istiskhar (استسخار) memperhinakannya atau istihza' (perlekehkannya), walaupun engkau yakin hujah dan pegangan engkau itu sangat benar kerana bertindak memperkecil dan memperhinanya serta memperlekehnya itu hanya akan menjauhkan hatimu daripadanya dan meremukkan keharmonian ukhuwah dengannya...

اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ 
الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

"...jauhilah kebanyakan buruk sangka (prejudis), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa..."
(Al-Hujurat: 12)

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika kaum kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita". Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah: 40)

Sabtu, 11 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 193 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 193 2020
11 Julai 2020M
19 Zulkaedah 1441H
Sabtu

Kita tidak boleh kembali ke masa lalu dan memperbaiki pangkalnya, tapi kita boleh mula berubah daripada sekarang dan merubah hujungnya.

"Don't expect to see a change if you don't make one."

Allah rahsiakan masa depan untuk mengajar kita agar berprasangka baik, merancang dengan baik, usaha yang terbaik dan bersyukur serta sabar.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 10 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 192 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 192 2020
10 Julai 2020M
18 Zulkaedah 1441H
Jumaat

JIka mengajar itu semudah murid buat kerja yang diarahkan, beri perhatian setiap masa dan faham setelah pertama kali diajar, semua orang boleh lakukannya.
Pembelajaran dan pengajaran sebenarnya memerlukan kesabaran, gerak hati, bimbingan dan hubungan langsung yang dibina bersama-sama murid untuk membantu mereka melalui pelbagai kaedah yang tidak terbatas.
Tugas mengajar bukan untuk calang-calang orang.
Hanya untuk insan-insan terpilih.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA